header image
 

Kawan..Member..Sahabat..

Dah lama tak update blog.. Terfikir pulak nak tulis satu story yg dimana terjadi kepada aku hampir setahun.

Aku memang mudah rapat dengan semua orang dan aku juga mudah renggang dengan semua orang tetapi dengan reason yg munasabah.

Aku mempunyai seorang kawan yang aku baru kenal sewaktu aku mula berkerja disuatu tempat yang aku rasa tak perlu dinyatakan or disebutkan disini. Dia memang baik dan dialah yg mengenalkan aku or membuatkan aku ada ramai kawan bila berkeja di sini. Aku memang tak boleh lupa jasa2 dia, budi bicara dia dan dia selalu backing aku kalo ada apa2 yg jadi cam org ngata ke apa ke. Aku terus jadi rapat, dan dia menjadi tempat aku meluahkan masalah aku sebelum dan selepas berkahwin. Tanpa aku menyedari orang yang aku percaya boleh berubah menjadi sesuatu yang aku sendiri susah nak percaya. Almaklumlah.. sudah dianggap sebagai kawan baik bak kata member2 yang ada disekeliling.

Aku tidak menyangka dia sedemikian rupa. Untuk apa jenis majlis yang dia kendalikan dirumah or dimana sahaja, aku tidak pernah mengata walopun ada sedikit banyak kekurangannya. Dan aku sendiri tidak menyangka ada mulut2 yang menyampaikan kepada aku sesuatu yang aku rasa memang tak patut.

Apa ada pada citarasa / kesedapan makanan ? Tujuan walimatul urus diadakan adalah utk mendapatkan doa yg ikhlas, kedatangan yg ikhlas dan aku berterima kasih pada semua yg datang. Dan aku berterima kasih juga pada segala komen2 yg kawan aku berikan dibelakang aku. Aku berterima kasih kepada semua jasa2 kawan aku itu. Cuma aku tak mampu nak mengucapkannyer kerana aku terasa kedatangan dia hanya sekadar kedatangan ‘kosong’. "Bayar mahal tetapi makanan tidak sedap ?"  Thanks for this comment !

Biarpun rekaan pelamin tidak mendapat tempat dihati kawan aku ni, apa yg aku harapkan hanya keikhlasan dan majlis berjalan dengan jayanya. Sememangnya aku membuat persediaan dengan mengikut kemampuan aku. Kad jemputan jenis murah tetapi aku menjemput dengan hati yang ikhlas walaupun ramai kawan2 lain yang tidak dapat dijemput. Aku minta maaf..

Dan mungkin juga aku ada membuat satu kesilapan besar dalam masa2 aku meluahkan perasaan yang mungkin ketika itu aku terlalu asyik meluahkannya.. huh.. membuatkan sesorang yang aku rasa dia baik hati cuma terdapat kesilapan yg sama2 tak faham or tiada penjelasan. Cuma mama aku yang sentiasa berasa sedih or terkilan tetapi apa nak buat, dah setahun berlalu. Cuma aku tak faham kenapa dan mengapa tiada penjelasan dilakukan semasa penghantaran berlaku. Itu sahaja..

Apa2 yang terjadi pada tahun lepas juga membawa aku kepada keinsafan dan peringatan. Kadang2 kawan aku terlalu gah mengata kawan baik dia sendiri yang dimana aku tengok kawan baik dia tidak pernah mengata dia. Dia mengata kawan baik sampai ke peringkat keluarga dan membuatkan aku sendiri terfikir apa yang dia ni mengata aku ?

To all kodoxian.., thanks for your friendship and I really appreciate it.

Aku mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua kawan2 yang mengenali dan memahami luahan aku ini. Dan kepada yang tiba2 tidak menegur aku tanpa sebab, aku memahami apa yang terjadi dan dengan rendah diri aku meminta maaf.

Kepada kawan yang aku sangka dia begitu baik sekali.. aku ingin mengucapkan terima kasih diatas semua kutukan dan komen2. Bak kata arwah bos aku dulu " walopun ada manusia yang tidak jujur atau tidak baik, kita kena ingat benda baik yang dia pernah buat kat kita  dulu". Aku amat menghargai apa sahaja kebaikan yang kau pernah buat pada aku tetapi sukar untuk aku memaafkan apa yg telah terjadi.

~ by rinaaz on August 9, 2008.

Leave a Reply