header image
 

Selamat Pengantin Baru Sahabat..

Hari sabtu 10 January, lebih kurang jam 5.30ptg, sahabat baik aku Naza bernikah dgn Bad.. amin.. selamat dgn 1 akad dgn jelas giler sore bad yg kuat.

Dia la satu2 sahabat yang rasanyer belum pernah aku dgr lagi kutukan kat belakang2..

Aku berterima kasih padanyer sebab kami sama2 mengharungi pahit maung, susah senang bersama2. Dimana ada Naza..disitu ada syed.. heheh.. 2 org yang sudah aku anggap seperti adik beradik. TIdo bersama, makan bersama..jalan2 bersama, gila bersama.. hehehe… kalo ada duit RM20.. akan dibahagi sama rata. Bila teringat balik kenangan2 dulu..rasa nak menangis pun ada.. Dgn adanyer kereta kelisa.. milik naza or lebih mesra dgn panggilan MEK.. sanggup menghantar aku ke Kuittho sebab aku ada keje kat sana.. mana ada sahabat yg sanggup buat macam ni ??.. sanggup amik cuti demi untuk temankan aku ke kuittho.. dgn tak ada duit.. aduhaii..sedih betul.  Mek kadang2 antar aku balik rawang untuk menjenguk parents aku..

Tapi bila aku dh kawen, aku terasa aku tidak pernah pun duduk lepak2 dgn naza or syed. Terasa rindu betul nak lepak2 dgn derang nih. Korang jangan la ingat aku lupa kawan.. aku sentiasa ingat kat korang ber2. Cuma MASA tu…. tapi tak bleh salahkan masa ek.. insyallah..walopun dimana korang berada.. handphone tu kan ada..antar la sms…

Selamat pengantin Baru mek.. semoga ko kekal hingga akhir hayat.. dan bahagia selalu.. aku sayang kat ko and syed..

Kawan..Member..Sahabat..

Dah lama tak update blog.. Terfikir pulak nak tulis satu story yg dimana terjadi kepada aku hampir setahun.

Aku memang mudah rapat dengan semua orang dan aku juga mudah renggang dengan semua orang tetapi dengan reason yg munasabah.

Aku mempunyai seorang kawan yang aku baru kenal sewaktu aku mula berkerja disuatu tempat yang aku rasa tak perlu dinyatakan or disebutkan disini. Dia memang baik dan dialah yg mengenalkan aku or membuatkan aku ada ramai kawan bila berkeja di sini. Aku memang tak boleh lupa jasa2 dia, budi bicara dia dan dia selalu backing aku kalo ada apa2 yg jadi cam org ngata ke apa ke. Aku terus jadi rapat, dan dia menjadi tempat aku meluahkan masalah aku sebelum dan selepas berkahwin. Tanpa aku menyedari orang yang aku percaya boleh berubah menjadi sesuatu yang aku sendiri susah nak percaya. Almaklumlah.. sudah dianggap sebagai kawan baik bak kata member2 yang ada disekeliling.

Aku tidak menyangka dia sedemikian rupa. Untuk apa jenis majlis yang dia kendalikan dirumah or dimana sahaja, aku tidak pernah mengata walopun ada sedikit banyak kekurangannya. Dan aku sendiri tidak menyangka ada mulut2 yang menyampaikan kepada aku sesuatu yang aku rasa memang tak patut.

Apa ada pada citarasa / kesedapan makanan ? Tujuan walimatul urus diadakan adalah utk mendapatkan doa yg ikhlas, kedatangan yg ikhlas dan aku berterima kasih pada semua yg datang. Dan aku berterima kasih juga pada segala komen2 yg kawan aku berikan dibelakang aku. Aku berterima kasih kepada semua jasa2 kawan aku itu. Cuma aku tak mampu nak mengucapkannyer kerana aku terasa kedatangan dia hanya sekadar kedatangan ‘kosong’. "Bayar mahal tetapi makanan tidak sedap ?"  Thanks for this comment !

Biarpun rekaan pelamin tidak mendapat tempat dihati kawan aku ni, apa yg aku harapkan hanya keikhlasan dan majlis berjalan dengan jayanya. Sememangnya aku membuat persediaan dengan mengikut kemampuan aku. Kad jemputan jenis murah tetapi aku menjemput dengan hati yang ikhlas walaupun ramai kawan2 lain yang tidak dapat dijemput. Aku minta maaf..

Dan mungkin juga aku ada membuat satu kesilapan besar dalam masa2 aku meluahkan perasaan yang mungkin ketika itu aku terlalu asyik meluahkannya.. huh.. membuatkan sesorang yang aku rasa dia baik hati cuma terdapat kesilapan yg sama2 tak faham or tiada penjelasan. Cuma mama aku yang sentiasa berasa sedih or terkilan tetapi apa nak buat, dah setahun berlalu. Cuma aku tak faham kenapa dan mengapa tiada penjelasan dilakukan semasa penghantaran berlaku. Itu sahaja..

Apa2 yang terjadi pada tahun lepas juga membawa aku kepada keinsafan dan peringatan. Kadang2 kawan aku terlalu gah mengata kawan baik dia sendiri yang dimana aku tengok kawan baik dia tidak pernah mengata dia. Dia mengata kawan baik sampai ke peringkat keluarga dan membuatkan aku sendiri terfikir apa yang dia ni mengata aku ?

To all kodoxian.., thanks for your friendship and I really appreciate it.

Aku mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua kawan2 yang mengenali dan memahami luahan aku ini. Dan kepada yang tiba2 tidak menegur aku tanpa sebab, aku memahami apa yang terjadi dan dengan rendah diri aku meminta maaf.

Kepada kawan yang aku sangka dia begitu baik sekali.. aku ingin mengucapkan terima kasih diatas semua kutukan dan komen2. Bak kata arwah bos aku dulu " walopun ada manusia yang tidak jujur atau tidak baik, kita kena ingat benda baik yang dia pernah buat kat kita  dulu". Aku amat menghargai apa sahaja kebaikan yang kau pernah buat pada aku tetapi sukar untuk aku memaafkan apa yg telah terjadi.

Pe citer ek…

Emm dah nak masuk ujung taun.. ada la lagi sebulan lebih.. cepat betul masa berlalu..

Pe citer ek..Dikala keje malam2 nih, aku melayan lagu Hetty Koes Endang.. lagu faveret aku .. Kasih.. Aku teringat balik kenangan2 masa aku jaga Kuittho taun2 dulu.. Rindunyer aku kt Ainnul, Nizam,Abg Baisan,Pak Mat (instructor),dan ramai lagi yg aku tak ingat dah nama derang.. rindu tul nak tgk derang main lagu nih..dan dgr Nora nyanyi.. apa kabar diaorang ni ek..

Malam ni merupakan malam yang paling bosan setelah beberapa minggu aku keje sorang. Team aku ni makin lama makin sket.

Pe citer ek.. Jenalyn .. my TL.. dia resigned !.. Sama la dgn hubby ku.. dan coming soon si Hafez Indera.. who else want to leave this company ? And me ? still here.. maybe for another years ? months?..who knows aaa..I really want to find a job which is not as like this anymore.. I want to find normal hours job.. but its seems that.. no rezeki for me.. :(

Oh Allah.. please gimme a lucks.. amin..

How HE want to gimme a lucks ? since, I didn’t send my resume out ? hahah.. but who knows ? Miracle.. maybe..

Funny Face Competition - HP 2007

First of all… hahahahahah… it’s so funny when my hubby told me that I won for 3rd prize in this competition.. heheh..terkezut siutt..

Aku antar je memain.. lagi pun gambar tu diamik oleh si apis ni masa kitaorang keje nite shift..amik dgn handphone camera je..hahah.. amik time bosan lak tu…

tapi aku tgk gambar org2 yang menang tu..ada la 2 tu kelakar la gak..yg lain cam biasa je.. heheh…

Me  Kelakar ke ?

Perempuan…ooo…Perempuan

Ni bukan niat nak kutuk sesapa or kengkawan yg rapat.Sorry la kalo terasa tapi ini sekadar pendapat dan pandangan sahaja.

Dekat opis nih, mmg aku suka tgk perempuan.Bukan tgk secara bernafsu..tetapi sejak duduk di tingkat 6.block A nih, boleh dikatakan perempuan2 yang duduk kt belah belakang nih…pergh kalo berdressing mmg thrill.. heheh..keje shift mlm tapi boleh pakai skirt pendek giler.Terfikir plak aku nih…tak sejuk ke kaki dia ? Tak cramp ke ? Selesa ke ?

Yang membuatkan aku terfikir bila member baik aku la..nama dirahsiakan.. heheh..ckp kat aku semlm sambil tunjuk kat sorang budak pompuan yang tengah lalu…budak pompuan ni bertudung,ayu,kurus slim tak cam aku aaa…gemuk…member aku ni bleh ckp.."anu dia membonjol..geramnyer.."

Terus plak aku yang termalu sendiri…

Aku mmg dah lama fikir kenapa zaman sekarang ni baru la perempuan2 yang bertudung mula memakai pakaian yang ketat2..pendek sampai nampak bontot..apa derang ni tak malu ke ? bertudung dikepala tapi ibarat bogel kat paras pinggang ke bawah ?

Ada perempuan sorang ni yang kami selalu bagi nama jolokan "orang nak g umah org kawen"…perghhh..kalo dia dressing , make up..mmg mantap..aku pun kekdg tgk gak bontot dia.. hahahah…"I’m so lesbian"… huhuhuh..

Tapi jangan lah korang ni terasa.Aku cuma mengata benda yang benar.walopun aku sendiri tidak bertudung..tetapi satu hari nnt insyallah aku akan bertudung dan bertudung seluruh anggota badanku..amin..

Cuti-cuti Family Day

Wah.. aku baru je balik dari jenjalan bersama-sama dengan kedua2 family..sonok..

Memula pegi Kelantan. Kami bertolak pada pukul 8 pagi dan berkonvoi sebanyak 3 kereta. Mamaku sudah pun membungkus nasi lemak bersambal sotong,telur rebus,ikan bilis dan timun jepun.Ibu mertuaku pula membawa makanan ringan dan jeli serta minuman 3+1.Kami berhenti rehat di R&R Merapoh..cuaca punyer la panas.

Kami sampai di Rantau Panjang,Kelantan dalam pukul 5.30 petang.So..takleh nak shopping sangat sebab sumer kedai dah tutup.Kedai2 kat situ tutup pukul 6 ptg.Jadi kami ni sumer hanya la berdiri menyaksikan kedai2 yang sedang tutup ! Ok gak..sebab penat siut bontot ni dah kebas dari sepanjang jalan from KL to Kelantan.. dah LEPER.. hahahah

Kami check in di Hotel Raudhah yang berdekatan Tabung Haji..hehe..ok la hotel nih..1 star je..satu mlm RM140 untuk family suite yang ada 2 katil queen..so..ada 3 bilik sumernya.. heheh

Kami makan mlm di mana tah tmpt..aku pun lupa..tp nasi kerabu + solok lada + ikan goreng + bawang putih jeruk = RM2 aje !.. murahnye..

Mlm tu..kitaorang (me, husband,dedek,din and Nd) main UNO.. heheh…sampai la pukul 2 pagi.

Keesokkannya..pukul 9.00 pagi kami semua sudah pun bertolak menuju ke Besut.. YES !!!..to pulau perhentian..satu destinasi yang aku tunggu2 selama ini…

Kami sampai di pulau dlm tengahari.Lepas check in, lunch…kami terus jumpa dengan Abg Mie..our best instructor for scuba diving.

Yang beginner memulakan derang punyer 1st dive pada pukul 2 ptg.Aku plak ? hehehe…free diving..sambil buat revision sket..last aku dive pada bulan 8 tahun lepas.

Yang paling best aku di perhentian nih.. masa dive..aku dpt tgk 6 ekor blue spotted ray.. wahhh… dan yang paling sedih..time tgk ikan pari nak beranak tu..baru teringat camera underwater ada dekat dedek.. waaaa…

Kami semua dive di Teluk KK,Batu Nisan,D’Lagoon dan ntah apa lg nama tmpt aku pun dah lupa…

Balik je dari perhentian ? Aku sudah jadi itam legam.. huh…

Yang paling aku seronok, sekarang aku sudah ada buddy aku sendiri.. heheh..iaitu suami ku tercinta.. (geli plak bila baca ayat ni 2 kali ! )

Citer pasal berak

wah…lamanyer tak mem’blog’… sebok sket aa..

Huh..today I’m so tired.. thought the best time for ‘berak’ is in the morning after or before breakfast.. but at this time 4.00pm…come on la..pm tu..not am.. all the jamban is full !!!.. sumer sudah dibooked.. cam aram…

Aku di tkt 6..punyer la semangat nak berak..bukak je pintu tgk2 3 jamban penuh..apa lagi..turun tangga la pegi tkt 5..pun penuh..aduhhhhh… aku dah berpeluh giler dok tahan berak… mula menyumpah2 org2 yang tgh berak time ptg2 nih…dari tkt 5 ke tkt 4 ke tkt 3 (tkt 4 dan tkt 3 tutup for cleaning purpose..) tkt 2 plak penuh..sampai la ke M floor.. baru kosong..bersih lak tu dan peacefull… aku pun mulakan pelaburan yang dari tadi dok ditahan2..

Lepas je abis pelaburan..betapa la bodonyer aku pegi naik ke tkt 6 dgn TANGGA.. sampai tkt 6 baru terfikir …kenapa la bodo nyer aku ni tak pakai lift ?? sakit jari jemari kaki ku melecet.. huh…

Sampai plak ke tkt 6..baru nk duduk..budak2 ni ajak turun minum ptg la plak…mmg tak la aku join derang..dah la tadi bz cari jamban kosong.. pulak tu menapak naik dari M ke tkt 6..ni kan nak turun balik ..dah la melecet ibu jari kaki aku nih.. waaaaaa..malang betul…

Kehidupan…Cabaran..

Hari ni nak citer pasal kehidupan plak.. manusia dibumi Allah yang Esa ini mmg semuanya sama.. bak kata Tun Dr Mahathir..Melayu Mudah Lupa.. tp pada aku bukan kan melayu je…malah Manusia Mudah Lupa… manusia yang berbilang kaum ni sememangnya mudah lupa or pelupa or buat2 lupa..

Mereka2 ini mudah lupa akan jasa orang lain..mereka2 ini mudah lupa akan pertolongan orang lain…mereka2 ini juga peka kepada kata2 orang lain yang tidak berasas…jikalau pun berasas..mereka2 ini perlu lihat kepada diri sendiri sebelum peka untuk menyalahkan orang lain or cuba membuat pakatan sendiri tanpa memikirkan or tanpa mempedulikan pertolongan yang telah diberikan pada masa dahulu.

Kadang2 manusia ini bukan minta untuk dipuji or dihormati or dijulang namanya..tetapi kepercayaan dalam perhubungan perkawanan…perhubungan silaturrahim..

Barry White - My Everything

WE GOT IT TOGETHER DID’NT WE
NOBODY BUT YOU AND ME
WE GOT IT TOGETHER BABY

MY FIRST, MY LAST, MY EVERYTHING
AND THE ANSWER TO ALL MY DREAMS
YOU’RE MY SUN, MY MOON, MY GUIDING STAR
MY KIND OF WONDERFUL, THAT’S WHAT YOU ARE

I KNOW THERE’S ONLY, ONLY ONE LIKE YOU
THERES NO WAY THEY COULD HAVE MADE TWO
YOU’RE YOU’RE ALL I’M LIVING FOR
YOUR LOVE I’LL KEEP FOR EVERMORE,
YOU’RE THE FIRST MY LAST MY EVERYTHING

IN YOU I’VE FOUND SO MANY THINGS
A LOVE SO NEW ONLY YOU COULD BRING
CAN’T YOU SEE IF YOU,
YOU’LL MAKE ME FEEL THIS WAY
YOU’RE LIKE A FIRST MORNING DEW ON A BRAND NEW DAY

I SEE SO MANY WAYS THAT I CAN LOVE YOU
TILL THE DAY I DIE……..

YOU’RE MY REALITY YET I’M LOST IN A DREAM
YOU’RE THE FIRST MY LAST MY EVERYTHING

*** INSTRUMENTAL ***

I KNOW THERE’S ONLY, ONLY ONE LIKE YOU
THERES NO WAY THEY COULD HAVE MADE TWO
GIRL YOU’RE MY REALITY
BUT I’M LOST IN A DREAM
YOU’RE THE FIRST YOU’RE THE LAST MY EVERYTHING

Rezeki Di hari Jumaat …

11 May 2007

Aku ikut dedek antar keri ke airport..keri pegi ke philipines lg untuk kali ke 2..ada training…

Selepas tu, kami pegi ke balai polis bukit aman untuk buat refund.. oleh kerana hari jumat..so kami melepak kan diri di gerai yang terkenal dgn sup tulang kt bukit aman tu.. ada la 2 - 3 orang minta derma.. yg si A ni bercakap macam guna script..so kitaorang gelak2 la lepas si A ni blah..

Tetapi..bila Si B ni dtg..aku boleh terbukak hati la plak nak menderma RM10..walopun dlm wallet aku ada RM50.. aku niat ajer la..aku ckp..ni ada la rezeki lain.. sbb dgn duit itu la gak aku nk bayar 2 mangkuk sup tulang dgn air…

Lepas itu, kitaorang balik rumah…melepak sebab penat giler tunggu kaunter polis tu dibuka.. aku ni terasa nak ngecheck bag / luggage yg ada kt dpn tv… dulu beg tu ada member pinjam..setahun yang dulu la dan aku tak penah pun bukak beg tu…

Terlintas aku nak check2 beg.. tgk2 aku terjumpa gumpalan duit… Ya Allah,…ada RM250… apa lg…aku ni yg duit tinggal 12 henggit..jerit la suka.. heheh..

So..rajin2 la menderma ye…